Sunday, March 19, 2023

Pelan panggilan dan Internet tanpa had redONE


Redone menawarkan pelan mampu milik untuk panggilan dan Internet tanpa had serendah RM50 sahaja sebulan. Fair Usage Policiy (FUP) adalah 100Gb sebulan berbanding dengan telco lain untuk plan yang sama.
  • Boleh kekal nombor lama
  • Black list layak daftar
  • Tiada kontrak
  • Coverage meluas rangkaian Celcom 
Pelan Hybrid50U ini menawarkan ciri-ciri berikut untuk anda;
  • 20GB data kelajuan (boleh hotspot)
  • Internet tanpa had (6mbps)
  • Panggilan tanpa had 
  • Hanya RM50 sebulan (sebelum SST)
Hubungi kami di talian 011-55083686 untuk urusan pendaftaran.

Thursday, January 26, 2023

Thursday, August 26, 2021

Pelan Data Tanpa Had, Tanpa Kontrak


💥JOM PAKAI BIL MURAH💥

✅Daftar RM10 sahaja ‼️
✅Boleh kekalkan nombor sama ‼️
✅High Speed Data, No Speedcapped ‼️
✅Tiada Pecahan Hari ‼️
✅Tiada pecahan jam ‼️
✅Blacklist diterima ‼️
✅Tiada kontrak
✅Coverage by CELCOM 💪
✅Speed data 4GLTE


RM38 👉 33gb + unlimited call to all network
8GB All day Internet 
10GB social chat
15GB video

RM50 Sebulan
Unlimited data
Percuma 10GB hotspot
Panggilan percuma semua rangkaian

Thursday, December 31, 2020

Tuesday, July 21, 2020

Pelan terbaru redONE 2020

💥JOM PAKAI BIL MURAH💥

✅Daftar RM10 sahaja ‼️
✅Boleh kekalkan nombor sama ‼️
✅High Speed Data, No Speedcapped ‼️
✅Tiada Pecahan Hari ‼️
✅Tiada pecahan jam ‼️
✅Blacklist diterima ‼️
✅Coverage by CELCOM 💪
✅Speed data 4GLTE

RM38 👉 33gb + unlimited call to all network
RM58 👉 60gb + unlimited call to all network


Friday, September 21, 2018

Pelan panggilan tanpa had menakjubkan


redONE Postpaid Jimat! Jimat! Jimat!

🔥RM38
Panggilan TANPA HAD KE SEMUA RANGKAIAN.
10gb Data Internet.
5gb LTE 4G + 5gb Basic Internet.

🔥RM58
Panggilan TANPA HAD KE SEMUA RANGKAIAN.
20gb Data Internet.
15gb LTE 4G + 5gb Basic Internet.

👍Kekal Nombor Lama.
👍Blacklist Diterima.
👍Liputan Luas.
👍Mbps Laju.
👍DAFTAR RM10

Wednesday, January 3, 2018

Saturday, November 4, 2017

Pay your redONE bill via SelfCare


Pay your bill via your preferred online banking service or your credit card.

Step to mke your payment as below:
1. Visit the SelfCare Sign In page and enter your redONE mobile number and password to login.

2. In the SelfCare Homepage, select Down & Pay Now.

3. To pay yout bill, select Pay Now.

4. Enter the amount that you wnt want to pay in the Amount column and click Proceed.

5. Select your preferred payment choice of Credit Card or Online Banking.

6. Tick on the Terms &, Conditions box and click Proceed.

7. You will be directed to the payment page based on the payment choice you have selected.

8. Enter the necessary details, tick on the required checkbox(es) and click Proceed.

9. Print out the statement/receipt after the payment is completed.








Thursday, August 24, 2017

redONE Prepaid 10 - penambahbaikan



Prabayar 10
⏺RM10 harga starter pack
⏺Kredit RM6
⏺Tempoh sah 30 hari
⏺Panggilan tiada had ke semua nombor Prabayar redONE
⏺Caj panggilan 16 sen/seminit ke lain-lain rangkaian
⏺PERCUMA 500MB data kelajuan tinggi setiap bulan
⏺PERCUMA 1GB Internet Asas @64kbps setiap bulan

Data kelajuan tinggi percuma bagi isian semula
⏺RM10 dapat 1GB (100MB/sehari selama 10 hari)
⏺RM20 dapat 4GB (200MB/sehari selama 20 hari)
⏺RM30 dapat 9GB (300MB/sehari selama 30 hari)
⏺RM40 dapat 9GB (300MB/sehari selama 30 hari)
⏺ RM50 dapat 9GB untuk 30 hari
(300MB/sehari selama 30 hari)


Pembelian Data
⏺RM30 - 5GB 30 hari
⏺RM50 - 10GB 30 hari

Friday, August 11, 2017

Kemaskini plan terbaru Amazing Postpaid

Pelan penambahbaikan redONE ini telah dikemaskinikan sekitar May 2017. Dan bermula July juga redONE memperkenalkan plan unlimited call dengan tambahan VAS redCall bernilai RM10, secara ringkasnya dengan RM58 sebulan anda telah memperolehi plan panggilan tanpa had beserta 10GB data unlimited.

Ringkasan plan Amazing 48 adalah seperti di bawah:

1. Amazing 48
⏺RM48/month
⏺Unlimited call sesama redONE Postpaid
⏺200min call ke SEMUA rangkaian lain
⏺10GB Highspeed Internet (4G LTE)
⏺Unlimited basic internet (selepas habis kuota highspeed)

2. Amazing 48 + RM10 redCALL
⏺RM58/month
⏺Unlimited call ke SEMUA rangkaian
⏺10GB Highspeed Internet (4G LTE)
⏺Unlimited basic internet (selepas habis kuota)

Wednesday, August 9, 2017

redONE Telcopreneur Programme


Pakej termasuk:-

1. Baju
2. Ewallet bernilai RM100
3. 10 pcs simkad postpaid
4. 5 pcs simkad prepaid
5. Mykad reader (bernilai rmxxx)
6. Bag pack

Syarat:-
1. Berumur 18 tahun ke atas
2. Langgan mana-mana plan postpaid redone (no baru sebagai no ewallet)
3. Warganegara Malaysia

Keistimewaan:-
1. Jual postpaid
2. Jual prepaid
3. Jadi Kaunter bayaran bil redONE postpaid
4. Kutip bayaran bil utiliti (TM, TNB, Astro dll)

Kebaikan bersama kami
  • Group Guide yang power
  • Fylers , Bunting dan Banner Percuma
  • Group whatapps yang active
  • FB kami yang active
  • Champion 2014 2015 2016

Paling penting apa?

keinginan untuk belajar buat kekayaan bersama redONE , kerana apa? Kerana kita ialah Postpaid MVNO, Trust me ianya sangat berbeza dengan apa yang anda buat sekarang. Sertai kami jika anda mahu mencari pendapatan yang terjamin bagus selaku seorang PART TIMER.

Low Investment , But High Return 😍





redONE Postpaid Amazing Plan Enhancement

1. Amazing 48
⏺RM48/month
⏺Unlimited call sesama redONE Postpaid
⏺200min call ke SEMUA rangkaian lain
⏺10GB Highspeed Internet (4G LTE)
⏺Unlimited basic internet (selepas habis kuota highspeed)

2. Amazing 48 + RM10 redCALL
⏺RM58/month
⏺Unlimited call ke SEMUA rangkaian
⏺10GB Highspeed Internet (4G LTE)
⏺Unlimited basic internet (selepas habis kuota)

Sunday, March 5, 2017

Wednesday, March 1, 2017

Sunday, February 19, 2017

Travelling from Malaysia to Singapore?

Be prepared before you travel to Singapore! Simply purchase your Happy Prepaid SIM card at any redONE Premier Shops in Johor, Malaysia.


Benefits:

  • $18 Credit
  • Free 15GB Local Data
  • Free IDD 018 to 19 destinations
  • Data Roam at Singapore data rates from as low as $5 for 1GB with Happy Roam.
Australia | Hong Kong | Indonesia | Malaysia | South Korea | Taiwan | Thailand | UK | USA 

Thursday, February 16, 2017

redONE terus unggul

NORSHAHZURA MAT ZUKI



BERDASARKAN jumlah pelanggan dan pertumbuhan hasil, perkongsian pasaran, purata hasil setiap pengguna serta strategi pemasaran dan salurannya yang unik meletakkan pengendali rangkaian maya mudah alih (MVNO), Red One Network Sdn Bhd (redONE) dalam kelasnya tersendiri.

redONE mengukuhkan kedudukannya setanding dengan syarikat perkhidmatan telekomunikasi lain. Ia menawarkan rangkaian telefon mudah alih terbaik dan terluas dengan kadar pascabayar termurah untuk pelanggannya.

Salah seorang Pengasas redONE dan Ketua Pegawai Jualannya, Ben Teh berkata, redONE mementingkan penjimatan, memahami kehendak pengguna yang mahu pembayaran rendah, penambahan nilai dan perkhidmatan memuaskan hati.

“Mereka akan melihat penggunaan minimum sebulan yang diperlukan dalam langganan,” katanya.
Mengimbas kembali penglibatan Ben dalam industri ini, segalanya kerana minat yang mendalam dan dia tidak mahu mensia-siakan peluang yang diberikan kepadanya selama ini.
Ben yang merupakan anak seorang nelayan dari Pontian, Johor menjadikan abangnya sebagai sumber inspirasi untuk berjaya menjadi seorang usahawan.

“Kejayaannya membina empayar perniagaan sendiri menyuntik semangat saya untuk menempa kejayaan sepertinya. Saya masih ingat kata-kata ayah, Teh Boon Leng semasa hayatnya dan menganggap kata-katanya sebagai satu cabaran untuk saya menceburi bidang perniagaan dan tidak akan menoleh belakang lagi,” katanya.

Kata-kata tersebut sentiasa bermain dalam mindanya, "jika berniaga tidak untung, balik jual ikan", Ben mahu mengubah kehidupannya dan terus berusaha bersungguh-sungguh membina perniagaannya sendiri.
Walaupun Ben berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah dari Universiti Teknologi Malaysia, ia bukanlah halangan dalam membina pernia-gaan kerana ia digunakan sebaiknya dalam memacu perniagaannya.

“Pengalaman saya menjadi pemborong ikan termuda, iaitu berusia 13 tahun di salah satu pasar di Pontian juga, diguna pakai dalam bidang telekomunikasi ini.

"Saya berkawan dengan semua peringkat umur tanpa kira bangsa dan bercakap pasal perniagaan.
“Saya belajar memegang duit sendiri. Ketika belajar di universiti, saya berniaga fotografi, perkakasan komputer dan sebagainya secara kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan. Saya dibantu kawan baik yang kini Ketua Pegawai Operasi redONE, Tee Yew Yaw,” katanya.

Transformasi & penjenamaan semula
Ben berkata, kejayaan pertama redONE adalah melakukan transformasi sejak pemegang saham dan pengurusan baharu dilantik pada Februari 2012.

Sebelum ini, redONE adalah anak syarikat di bawah REDtone International Berhad.
“Penjenamaan semula korporat kepada redONE dilaksanakan pada Januari 2013. Pelbagai usaha dilakukan sejak syarikat diambil alih dan kejayaan paling manis apabila kami meningkatkan jumlah pelanggan daripada 3,000 orang kini meningkat kepada sejuta orang.

“Bermula hanya dengan lapan pekerja kini kami mempunyai lebih 300 pekerja dan pejabat di setiap negeri. Rangkaian pengedaran kami ada lebih 1,000 pusat dengan asas pelanggan semasa melebihi sejuta,” katanya.

Ben yang merupakan anak jati Johor berkata, redONE berterima kasih kepada rakan niaga rangkaiannya iaitu Celcom Axiata.

Malah, redONE mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila proses pendaftaran redONE tidak menggunakan kertas dan boleh didaftarkan di mana-mana dan pada bila masa sahaja.
“Pendaftaran tanpa kertas atau dikenali mReg, mengurangkan kos selain meningkatkan produktiviti dan asas pelanggan,” katanya.

Lebih mengujakan, redONE juga menyediakan insentif dan memberikan rakan niaga perkongsian hasil dan bukannya insentif pendahuluan seperti syarikat telekomunikasi lain dan ini membantu rakan niaga redONE menjana pendapatan yang kekal dalam jangka masa panjang.

“Bermula 2013 sehingga 2016, redONE memberikan insentif sebanyak RM135 juta. Waris 20 rakan niaga yang meninggal dunia juga menerima insentif ini,” katanya.
Beliau berkata, redONE menyasarkan untuk membayar insentif antara RM80 juta sehingga RM100 juta menjelang akhir tahun ini.

Katanya, seorang rakan niaga redONE akan mendapat komisen sekiranya mendaftar pelanggan baharu, dan mendapat bahagian perkongsian hasil bil pelanggan setiap bulan.

Kukuh kedudukan, hargai rakan niaga
Ben berkata, setakat ini redONE mempunyai 96 kedai konsep (Premier Shop), 1,100 pusat kejiranan (Premier Neighbourhood Centre), 8,000 penasihat jualan (Sales Advisor), 14 kiosk di pusat membeli-belah dan 12 trak bergerak di seluruh negara.

“redONE menyasarkan penambahan kedai konsep, pusat kejiranan, penasihat jualan dan kios di seluruh negara. Dengan menawarkan pelan pembayaran paling murah tidak melebihi RM50 sebulan, kami menjangkakan sasaran untuk dua juta pelanggan akan tercapai,” katanya.

Jelasnya, objektif utama redONE adalah menembusi benua Asean, bermula dengan menembusi beberapa pasaran baharu antaranya Singapura dan Indonesia pada tahun ini.

“Kami menjangkakan menembusi negara Filipina, Vietnam dan Thailand pada 2018. redONE akan terus meneroka inisiatif baharu untuk memberikan pelanggan akses kepada lebih banyak tawaran eksklusif dan diskaun menarik pada masa akan datang.

“Pelanggan setia redONE memainkan peranan penting untuk perkembangan syarikat dan menjadi tumpuan kepada redONE untuk merakamkan penghargaan terhadap pelanggan melalui penawaran ganjaran eksklusif,” katanya.

Kata Ben, “redONE juga memperkenalkan pelan prabayar, redONE Prepaid iaitu dengan hanya membayar RM10, pelanggan akan menikmati 500MB selepas pengaktifan, panggilan percuma tanpa had antara rangkaian yang sama serta banyak lagi.”

Untuk menghargai rakan niaga yang setia untuk terus bersama redONE, Ben memberikan anugerah kepada rakan niaga dengan mengadakan dua kempen.

"redONE akan menyediakan 12 buah kereta dengan jumlah keseluruhan RM1.5 juta dan tiga kilogram emas. Kempen ini untuk cetuskan semangat kepada rakan niaga sekali gus meningkatkan jualan mereka.

“redONE fokus kepada pemasaran digital dan akan melantik duta redONE dalam masa terdekat. redONE kini dalam proses transformasi daripada telekomunikasi kepada internet,” katanya.

Optimis kuasai pasaran redONE menjangkakan bilangan pelanggannya dua juta menjelang akhir tahun ini dipacu pelbagai

inisiatif termasuk pembaharuan pelan dan pelancaran pelan baharu prabayar pada tahun ini.
Ben berkata, setakat ini, redONE mempunyai sejuta pelanggan yang melanggan pelan pasca bayar redONE berbanding hanya 3,000 pada awal diperkenalkan.

“Pelbagai usaha akan dilaksanakan untuk mencapai sasaran tersebut kerana redONE mempunyai pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada pelanggannya.

"redONE juga memperkenalkan pelan pasca bayar yang mengenakan harga berpatutan,” katanya.
Ben berkata, redONE memperkenalkan pelan pasca bayar sensasi terkini Amazing8 berharga RM8 sebulan, memberikan 1GB data dan panggilan percuma tanpa had antara pengguna pasca bayar redONE.

Amazing28 pula hanya RM28 sebulan, memberikan 10GB data dan panggilan percuma tanpa had antara pengguna pasca bayar redONE.

“redONE juga menawarkan Amazing48 berharga RM48 sebulan berserta 20GB data, panggilan percuma tanpa had antara pengguna pasca bayar redONE dan panggilan percuma ke semua rangkaian,” katanya.

Menurut Ben, jumlah perolehan syarikat adalah RM310 juta pada tahun lalu dan menyasarkan ia meningkat kepada RM400 juta menjelang akhir tahun ini iaitu peningkatan sebanyak 30 peratus.

redONE adalah pengendali rangkaian maya mudah alih (MVNO) yang menggunakan rangkaian Celcom untuk menawarkan harga jauh lebih rendah tanpa mengabaikan ciri-ciri tambah nilai berbanding syarikat telekomunikasi lain.

Katanya, sebanyak 80 peratus pelanggan telekomunikasi di Malaysia menggunakan produk prabayar dan selebihnya adalah pasca bayar.

Sokong sukan negara Menariknya, redONE menjadi penaja utama skuad Kelantan pada kempen Liga Malaysia (Liga M) musim 2017 dan dipersetujui Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Ben berkata, penajaan tersebut sebagai menghargai pelanggannya di negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut yang memilih redONE sejak ia diperkenalkan pada 2012.

“Kami menghargai sokongan mereka selama ini malah pada 2015 dan 2016, Kelantan mencatatkan jumlah pelanggan tertinggi. Tajaan ini juga bertujuan membantu skuad The Red Warriors yang berdepan dengan kemelut kewangan yang sedang dihadapi Kafa. Selain itu, persamaan kami adalah Red,” selorohnya.

Ben yang berasal dari Pontian, Johor berkata, sempena tajaan tersebut redONE akan melancarkan pek prabayar Red Wira berharga RM130 sahaja.

“Nilai kredit dalam Red Wira adalah RM120 dan ia boleh digunakan sepanjang setahun dan istimewanya ialah setiap pembelian akan diberikan percuma jersi edisi terhad The Red Warriors.”

“Simkad Red Wira ini boleh didapati di 96 kedai konsep redONE di seluruh negara dan akan dilancarkan pada Mac nanti. Kami menyasarkan 100,000 simkad akan dijual memandangkan The Red Warriors mempunyai peminat yang tersendiri,” katanya.

Selain The Red Warriors, Ben berkata, redONE juga menyokong sukan badminton dan menaja pasukan Serdang Badminton Club dan Bangsar Hawks Badminton Club untuk menghadapi saingan badminton SS Purple League.

Katanya, redONE juga akan melancarkan program Usahawan Muda redONE pada April nanti untuk membantu 10,000 graduan lepasan institusi pengajian tinggi awam atau swasta berusia 20 tahun ke atas.
“Mereka akan ditempatkan di 96 kedai konsep redONE sedia ada di seluruh negara dan akan dilatih untuk menjadi seorang usahawan.

Mereka yang berminat dan mempunyai kelayakan bolehlah mendaftar di laman web kami, iaitu www.redONE.com.my,” katanya.

Wednesday, February 15, 2017

PLAN TERBARU (Postpaid redONE) YANG TIDAK MASUK AKAL

*PLAN TERBARU (Postpaid redONE) YANG TIDAK MASUK AKAL*
******
*STANDARD* (RM8 Sebulan)
~~~~~
Ø 53 minit panggilan PERCUMA ke mana-mana nombor talian tetap/handphone.
Ø Panggilan PERCUMA tanpa had ke mana-mana nombor Postpaid redONE.
******
*VOICE 48* (RM48 Sebulan)
~~~~
Ø Panggilan PERCUMA tanpa had ke mana-mana nombor talian tetap/handphone.
Ø Panggilan PERCUMA tanpa had ke mana-mana nombor Postpaid redONE.
******
*AMAZING 8* (RM8 Sebulan)
~~~~~
Ø 1GB data internet
Ø Panggilan PERCUMA tanpa had ke mana-mana nombor Postpaid redONE.
******
*AMAZING 28* (RM28 Sebulan)
~~~~
Ø Data internet tanpa had.
Ø Panggilan PERCUMA tanpa had ke mana-mana nombor Postpaid redONE.
******
*AMAZING 48* (RM48 Sebulan)
~~~~
Ø Data internet tanpa had.
Ø 200 minit panggilan PERCUMA (Bernilai RM30) ke mana-mana nombor talian tetap/handphone
Ø Panggilan PERCUMA tanpa had ke mana-mana nombor Postpaid redONE.
*TERBUKA KEPADA SEMUA :*
BLACKLISTED TELCO BOLEH DAFTAR
BOLEH KEKAL NOMBOR SEDIA ADA (MNP)
BOLEH PILIH NOMBOR BARU (4 digit terakhir)
INILAH PLAN MELETUP UNTUK SEISI KELUARGA DAN SEMUA.....


Inginkan pencerahan selanjutnya?

Tuesday, February 14, 2017

Alhamra, redONE Penaja Utama TRW

by Siti Fatihah Awang
SELEPAS Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) hampir berputus asa untuk mencari dana, akhirnya Kumpulan Alhamra dan Red One Sdn Bhd mengesahkan menjadi penaja utama pasukan The Red Warriors (TRW) musim ini.

Kedua-dua syarikat yang dipengerusikan oleh Tan Sri Annuar Musa itu sekali gus dikatakan menjadi ‘penyelamat’ dan talian hayat terakhir pasukan Kelantan untuk terus menyarung jersi dan bersaing dalam Liga-M yang akan bermula tidak lama lagi.

Bekas Presiden Kafa itu dalam satu sidang media di sini memberitahu, bukan hanya menaja pasukan malah pihaknya juga telah bercadang untuk menubuhkan satu konsortium yang diketuai syarikat miliknya bagi memudahkan pengurusan mendapatkan dana dan sebagainya.

“Konsortium ini akan menjalinkan kerjasama dengan beberapa buah syarikat lagi untuk mendapatkan dana. Setakat ini sudah ada tiga syarikat yang bersedia bersama dengan konsortium tersebut.

 “Saya sasarkan untuk mendapatkan RM10 juta bagi memastikan TRW tidak berdepan masalah kewangan di kemudian hari selepas ini. Berikan saya masa sehingga 14 Januari ini untuk bentuk konsortium itu,” katanya kepada media di sini.